Photobucket

SEJARAH SEKOLAH


Pada tahun 1920 sebuah kelas Bahasa Inggeris ditubuhkan dengan menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga oleh En. Abdullah Taib. Apabila sambutan terhadap kelas tersebut bertambah kerajaan telah mengiktiraf sebagai sekolah kerajaan dan diberi nama Government English School dan En. Abdullah Taib telah dilantik sebagai Guru Besar pertama.Pada tahun 1925 bila kelas semakin bertambah dan tidak sesuai menumpang maka Almarhum Sultan Zainal Abidin telah membenarkan sebahagian Istana Maziah digunakan sebagai sekolah. Sekolah berpindah ke sebuah bangunan dekat Bukit Keledang pada tahun 1936.


Pada tahun 1938 sekolah berpindah ke tapak baru di Jalan Cerung Lanjut dan bertukar nama kepada Sultan Sulaiman English School. Persekolahan terganggu semasa pendudukan Jepun. Sekolah beroperasi semula pada tahun 1946. Pada tahun 1950 kelas terbahagi kepada rendah dan menengah. Sekolah mengalami kebakaran teruk pada Julai 1951 dan sekali menumpang di belajar di Istana Maziah dengan perkenan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Bangunan batu baru yang di siapkan ditapak lama pada tahun 1956 membolehkan pelajar belajar lebih selesa, sementara sekolah menengah berpindah ke Padang Negara. Sekolah ditukar nama kepada Sultan Sulaiman Primary School. Kemudian sekolah mula mengambil pelajar-pelajar dari sekolah Melayu untuk ditempatkan di ‘Special Malay Class’.
Persekolahan menjadi dua sesi pada tahun 1962 kerana bilangan murid yang ramai dan kelas yang tidak mencukupi. Pada bulan Jun tahun yang sama sekolah diletakkan dibawah dua pentadbiran berasingan tetapi berkongsi bangunan iaitu Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 11. Sekolah bergilir sesi pagi dan petang dan berlarutan selama 12 tahun sehingga Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 11 berpindah ke bangunan sendiri pada tahun 1975.
Pada Januari 2002 Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 telah melaksanakan persekolahan satu sesi. Pada tahun ini bilangan pelajarnya berjumlah 1458 orang dalam 46 bilik darjah dengan 88 orang guru.

No comments:

Post a Comment