Photobucket

Monday 8 August 2011

SK SULTAN SULAIMAN 1 KEKAL JUARA KALI Ke-2

SK Sultan Sulaiman 1 berjaya mengekalkan kejuaraan pada kejohanan Taekwondo terbuka jemputan SK Sultan Sulaiman 1 kali ke dua bagi kategori sekolah rendah yang berlangsung pada 29 dan 30 Julai 2011.


      Kejohanan anjuran SK Sultan Sulaiman 1dengan kerjasama Kelab Taekwondo Teguh (KTT) dan Kelab Taekwondo Action ini menyaksikan lebih 800 peserta dari seluruh sekolah rendah dan menengah di Negeri Terengganu mengambil bahagian.

      Pungutan enam emas, lima perak dan 12 gangsa terus meletakkan SK Sultan Sulaiman 1 sebagai juara bertahan, tempat kedua disandang SK Pusat Chabang Tiga dan tempat ketiga menjadi milik SK Teluk Menara.



      Kejuaraan kali kedua berturut-turut itu sekali gus membuktikan SK Sultan Sulaiman 1 memiliki kehebatan tersendiri apabila berjaya mengalahkan 120 sekolah lain yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan seni menpertahankan diri itu.

      Hasil kemenangan itu, turut melayakan SK Sultan Sulaiman 1 dinobatkan sebagai pemenang Piala Tuan Guru Besar SK Sultan Sulaiman 1, selain turut diberi pengiktirafan sebagai sekolah paling berjaya dalam menghasilkan permainan untuk negeri ini.

      Manakala untuk kategori sekolah menengah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut, muncul juara, tempat kedua milik Sekolah Menengah Integrasi Batu Rakit dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah menduduki tempat ketiga.

      Sementara itu, dalam majlis yang berlangsung di Dewan Utama SK Sultan Sulaiman 1, perasmian dan penyampaian hadiah desempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sekolah Berasrama Penuh dan Kementerian Pelajaran Kluster, Pn. Jamilah Mansor.


      Pn. Jamilah dalam ucapannya juga meluahkan rasa kagum dengan komitmen dan bakat yang ada pada semua atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan seni menpertahankan diri itu.

: Keratan dari akbar Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment