Photobucket

Wednesday 10 August 2011

PROGRAM MINGGU BAHASA ARAB 2011


Program Minggu Bahasa Arab 2011 anjuran Jawatankuasa Kluster Bahasa Arab telah dijalankan pada 17, 18, 21 dan 26 Julai baru-baru ini. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang dilaksanakan dengan jayanya melibatkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6 SK Sultan Sulaiman 1.


Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah aktiviti Senamrobik dan A’doul jismi untuk murid Tahun 2, permainan Jismi Nazif untuk murid tahun 3, permainan Hadiqatul Huruf dan Mushahadatul CD  untuk murid tahun 1, Lu’bah untuk murid Tahun 4, program Hayya Nadrus Allughotal ‘Arabiyyah untuk murid Tahun 4, 5 6 dan program bersama Mudarrisin A’rabiyyin bersama murid tahun 4, 5 dan 6.


Majlis Perasmian Program Minggu Bahasa Arab 2011 telah diadakan pada 18 Julai dengan penuh gimik dan telah dirasmikan oleh Encik Wan Mohd Fauzi Bin Wan Mahmood, Penolong Pengarah ( Operasi j-QAF ), Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Kelihatan guru-guru Arab dari SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok sedang bersedia untuk memulakan program bersama Mudarrisin ‘Arabiyyin.
 

Bagi Program Hayya Nadrus Allughotal ‘Arabiyyah untuk murid tahun 4, 5 dan 6, kita telah menjemput fasilitator dari SMA Imtiaz, Besut iaitu Ustaz Abdel Rahma Bin Ibrahim.  Manakala untuk program bersama Mudarrisin A’rabiyyin bersama murid tahun 4, 5 dan 6, kita telah menjemput 6 orang fasilitator. Seorang daripadanya ialah Ustaz Mohd Al-Nurul Huda Bin Ghazali, Jurulatih Utama j-QAF dan merupakan Guru di SK Pusat Chabang Tiga. Lima orang lagi merupakan Ustaz Arab dari SMA (A) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok.

Ustaz  Abdel Rahma dari SM Imtiaz, Besut sedang mengajar Bahasa  Arab Komunikasi dalam Program Hayya Nadrus Allughotal Arabiyyah kepada murid-murid Tahun  4, 5 & 6.


Majlis penyampaian hadiah telah dilaksanakan pada 7 Ogos di Dewan Sulaiman yang disampaikan oleh Tuan Haji Md. Nawawi bin Muda (PK 1) dan juga Puan Latipah binti Abd Ghani (PK HEM). Bagi peserta tahun 6, 5 dan tahun 1, guru-guru kelas mengambil hadiah sebagai wakil. Manakala bagi peserta tahun 4, 3 dan tahun 2, ketua-ketua kumpulan mengambil hadiah.


Semua murid yang terlibat dalam Program Minggu Bahasa Arab 2011 sangat seronok dan teruja melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan tidak sabar untuk merasai keseronokan yang serupa pada tahun-tahun akan datang.


Alhamdulilah,  program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya berkat kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Apa yang diharapkan agar program ini terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang. Hal ini kerana murid-murid dapat mempelajari Bahasa Arab secara tidak langsung di luar waktu p&p sekaligus menarik minat mereka mencintai Bahasa Arab yang merupakan Bahasa      Al-Qur’an dan Bahasa Syurga.

No comments:

Post a Comment